5:22 AM | Posted in


KUALA LUMPUR: Seorang eksekutif syarikat swasta membuat laporan di Balai Polis Travers,, semalam, berikutan kenyataan disiarkan dua wanita bukan Islam yang menulis perkataan didakwa menghina Nabi Muhammad s.a.w dalam laman sembang popular, Facebook milik mereka.
Moohamad Faizal Abdul Raub, 28, berkata dia tidak mewakili organisasi membuat laporan polis kerana sebagai tanggungjawabnya berusaha menghentikan mana-mana pihak, sengaja menimbulkan rasa kegusaran pihak lain.




bagaimanapun, kedua-dua insan ini telahpun menghantar mesej peribadi yang berbaur keinsafan dan memohon kemaafan dengan menggunakan account facebook yang baru. seperti ini:





dan ini:
Rentetan daripada penghinaan diatas, seorang insan yang bertanggungjawab telah menubuhkan satu group di Facebook yang bertajuk: "Lynette Lincoln and Joanna Ann, should apologize to all MUSLIM". Jelasnya, penubuhan group ini adalah bertujuan untuk memberi pengajaran kepada semua orang supaya menghormati agama orang lain dan seterusnya menggesa supaya gadis-gadis ini meminta maaf terhadap kekasaran mereka. Group ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Ramai orang Islam diluar sana yang menyokong perjuangan ini dengan menyertai perjuangan ini. Namun begitu, apabila gadis-gadis ini meminta maaf, muslim yang menyertai group ini tidak mahu memaafkan mereka.

Apa yang menjadi kemusykilannya disini, orang yang sibuk mempertahankan penyalahgunaan nama Allah dan Rasulullah serta tegar pula tidak mahu memaafkan mereka boleh dikatakan seperti kanak-kanak yang baru belajar tetapi berlagak pandai pula. Sedangkan Rasulullah sendiri apabila Ummu Jamil melontarkan syair kepadanya yang menyebabkan masyarakat Quraisy memanggil Rasulullah dengan panggilan Muzammim(yang dihina) dan tidak lagi memanggil Muhammad(yang terpuji). Hal ini menimbulkan kemarahan para sahabat. Namun bagida SAW bersabda "biarkan sahaja. Sebab sebenarnya mereka itu sedang menghina seorang "Muzammim" sedangkan namaku Muhammad". Demikianlah bagaimana cara Rasulullah mengendali suatu masalah.
Rasulullah tidak pernah meminta supaya menuntut bela atas penghinaan yang dilemparkan keatasnya. Sedangkan apa yang lebih dituntut tidak pula dilaksanakan.Tidak juga dijumpai group "Group anti-orang Yang Meninggalkan Solat"atau "Group anti-Anak Derhaka". . Sedangkan sudah jelas termaktub didalam alQuran
Surah Al-Baqarah ayat 2, 2:2, apa yang lebih dituntut: menunaikan solat dan membelanjakan harta ke jalan Allah.
Surah Luqman ayat 14 : berbuat baik kpd kedua orang tuanya.
Mengapa kita pula yang berlebih-lebih. Tindakan yang diambil bukanlah salah tetapi gadis-gadis ini telahpun meminta maaf, apalah hak kita tidak memaafkan. Sedangkan Rasul juga memaafkan umatnya, Allah juga sentiasa memberi kemaafan kepada hambaNya yang bertaubat. wallahu'alam.
Category:
��

Comments

0 responses to "Suatu Penghinaan"